


BINJAI
HOMESTAY
Selamat Datang
Binjai Homestay merupakan sebuah rumah penginapan jenis semi D .Homestay kami sesuai untuk pelancong yang berhasrat untuk bertandang ke bandar Kuala Terengganu. Lokasi Binjai Homestay berada di luar kawasan kesesakan lalu lintas dan amatlah berdekatan untuk ke lokasi-lokasi menarik di sekitar bandar Kuala Terengganu. Terletak di Jalan Simpang Empat iaitu 10mnt dari pusat bandar Kuala Terengganu, memberi peluang kepada para pelancong menghabiskan masa untuk membeli-belah dan berkesempatan untuk mengunjungi tempat-tempat menarik sebelum kesesakan lalu lintas bermula. Kedudukan Binjai Homestay yang strategik menjadikan Binjai Homestay sebagai sebuah rumah tamu yang sesuai kepada pelawat yang mengunjungi negeri Terengganu samada untuk bercuti mahupun untuk tujuan tugasan rasmi.
BINJAI HOMESTAY
1332-B, Gong Binjai,
Simpang Empat Chendering,
21080 K.Terengganu.
Binjaihomestay@gmail.com
​
Tel: +6013-9022343 (Hjh.Juraidah)
+6019-9154464 (Hj.Hamzah)
GALERI

BINJAI HOMESTAY
Kami mengalu-alukan kedatangan pihak tuan/puan ke homestay kami. Kegembiraan & Kepuasan adalah matlamat utama kami.

RUANG ISTIREHAT
Tempat istirehat yang menjanjikan ketenangan kepada para penginap dengan segala kemudahan yang lengkap disediakan.
KEMUDAHAN
Kami menawarkan sebuah rumah kediaman yang selesa dan selamat yg dapat menampung 5-10 orang dewasa pda harga yang berpatutan. Antara ciri yang kami tawarkan ialah 3 bilik tidur dgn katil Queen size dgn kemudahan aircond ,mesin basuh, peti sejuk, Stereka, set sofa, set meja makan, Televisyen, Bilik mandi yang disertakan dengan Heater, peralatan memasak yang lengkap dan tilam tambahan.

"KEGEMBIRAAN & KEPUASAN ANDA ADALAH MATLAMAT KAMI"